Pelita Hati Gallery Of Art, Pelita Hati was formed with the intention of promoting Malaysian arts
Browse around to see our Exhibitions or feel free to contact us for any enquiries.

Liku-Liku

18. Jul, 2018


A TWO MAN SHOW-GROUP ART EXHIBITION
“Liku-Liku” by Muhammad Hafiz Azizi & Nicholas Choong
Organised by PELITA HATI Gallery of Art

1. Name of event: An art exhibition entitled “Liku-liku”.
2. Venue: Creative Space, Balai Seni Negara, Jalan Temerloh, Off Jalan Tun Razak, 53200 KL
3. Company: Pelita Hati Sdn Bhd- PELITA HATI Gallery of Art
4. Duration: 3rd to 23rd September 2018 (21 days)
5. Category: Painting.
6. Contact details: Tel: 03-20923380
Sinopsis:

Liku-Liku adalah satu pameran seni yang mempamerkan karya-karya dari dua orang pelukis iaitu Nicholas Choong dan Muhammad Hafiz Azizi. Kedua-duanya amat berbakat dalam menghasilkan karya mereka walaupun teknik dan cara penyampaian agak berbeza dalam mengungkap makna Liku-Liku. Meskipun begitu, persamaan ketara adalah dari segi interpretasi mereka yang berkisar kepada bandaraya, kehidupan dan persekitaran kotaraya yang semakin hari penuh dengan pancaroba.

Bagi Hafiz Azizi, graduan dari Universiti Teknologi Mara, Seri Iskandar Perak, ini merupakan pameran ‘berdua’(two man show) kali kedua beliau. Kali pertama adalah pada tahun 2015, dengan gandingan Ng Kok Leong di galeri Pelita Hati, Bangsar, Kuala Lumpur. Karya awal Azizi berkisar kepada kesesakan kota metropolitan. Kini tahun 2018, beliau berterusan dengan karya cat minyaknya, masih tentang kehidupan di bandaraya tetapi dengan penumpuan dan fokus kepada pergelutan dan perjuangan seseorang serta kesinambungan hidup di celah-celah pembangunan kota pencakar langit.

Nicholas Choong pula seorang pelukis serba boleh dan pada awal pembabitan beliau dalam seni lukis banyak membabitkan karya-karya cat air dan lakaran (sketches). Sejak beberapa tahun ini beliau mula berjinak-jinak dengan cat minyak dan akrylik sebagai media utama menghasilkan karya. Penggunaan cat minyak dan akrylik ini amat menyerlah bila lukisan terkini Nicholas menampilkan senario bandaraya Kuala Lumpur. Warna-warna dalam pelbagai tona yang mewakili bangunan-bangunan moden yang menyerlahkan suasana pembangunan yang dinamik.

Gandingan kedua-dua pengkarya ini amat serasi sekali. Walau pun terdapat perbezaan dari segi penghasilan karya tetapi persamaan dalam penghayatan subjek dalam karya-karya mereka amat terasa sekali. Karya mereka memperlihatkan komitmen yang gigih dalam penghasilan hasil seni yang bermutu tinggi. Muhammad Hafiz Azizi dan Nicholas Choong merupakan dua pengkarya baru yang berpotensi besar untuk mengukir nama mereka sebagai pengkarya seni yang sangat berkaliber dan mampu untuk bersaing dengan nama-nama pengkarya seni terkemuka Malaysia.

Synopsis:

‘Liku-Liku’ is an art exhibition featuring artworks of two painters-Nicholas Choong and Muhammad Hafiz Azizi. Both are very talented in producing their work with different technique and manner of presentation in translating the meaning of ‘Liku-Liku’. Nevertheless, it is quite apparent of their similarity in terms of their appreciation using subjects that revolves around the city, the city’s livelihood and the environment of our everyday lives.

For Hafiz Azizi, a graduate of Universiti Teknologi Mara, Seri Iskandar Perak, this is his second-two man show. His first was in 2015, partnering with Ng Kok Leong at Pelita Hati’s gallery in Bangsar, Kuala Lumpur. Azizi’s initial work revolves around the congestion of the metropolitan city. In 2018, he continues with his oil paint work, still about life in the city but his focus is more towards one’s struggles as well as a person’s continuation of living amidst the bustling skyscrapers.

Nicholas Choong is a versatile artist and at the beginning of his involvement in the art of painting, his works involves a lot of watercolor and sketches. Over the years he begins to tinker with oil paints and acrylics as his mainstream media in producing artworks. His recent oil and acrylic paint artworks is particularly impressive featuring Kuala Lumpur city scenarios-a variant of colors representing modern buildings highlighting the dynamic development environment of the city.

The pairing of these two artists seems to be a very compatible combination. Although there are differences in terms of producing the work, the similarities in their appreciation of the subjects in their works are quiet bountiful and impressive. Their work shows a strong commitment towards producing high-quality artworks. Muhammad Hafiz Azizi and Nicholas Choong are two new potential artists carving their names to be great artists among those well known Malaysian artists.

Pelita Hati Gallery of Art
Tel: 03-20923380 ; www.pelitahati.com.my ; pelitahati1995@yahoo.com
Instagram: pelitahati1995


The exhibition was launched by YB Fahmi Fadzil, MP for Lembah Pantai.

Categories: Exhibitions, What's New

Comments are closed.