Pelita Hati Gallery Of Art, Pelita Hati was formed with the intention of promoting Malaysian arts
Browse around to see our Exhibitions or feel free to contact us for any enquiries.

Nafas

02. Sep, 2010

Raja Shahriman 4th solo exhibition-2004
Nafas
- Udara yg keluar masuk pada manusia, menunjukkan sifat hidup (hayat).
- Pada kejadian jasmani manusia, tanpa nafas maka ianya kaku (mati).
- Setelah roh dimasukkan pd jasad manusia, maka ia pun hidup dan tanda hidup manusia itu ialah pada nafasnya yang keluar masuk.
- Maka roh itu tersembunyi dan yang terzahir dari adanya roh pada jasad ialah nafas. Roh tersembunyi, nafas terzahir.
- Nafas itu dengan menggunakan udara.
- Udara itu satu unsur dari empat unsur kejadian manusia iaitu tanah, air, api dan angin.
- Angin, suatu unsur tanpa rupa, tetapi boleh dirasa. Terzahir ia apabila kena ia kepada benda (seperti terzahir angin pada keadaan rupa dedaun pokok yang bergoyang, rupa pada kain yang berkibar dsb).
- Maka sebab angin jugalah bergeraknya benda.
- Maka sebab angin jugalah bernafasnya manusia. Dengan nafas itulah geraknya manusia, bergeraklah jantungnya, bergeraklah nadinya, bergeraklah darah dan tulangnya. Maka hiduplah ia, berlari dan berjalan ia, tidur dan bangun ia, mendengar dan berkata ia, melihat dan berfikirlah ia.
- Dan bergeraklah ia sehingga terputus nafas dari jasadnya.

Raja Shahriman 5th solo exhibition-2005-Utterly Art, Singapore.

Comments are closed.